Khamis, 18 November 2010
RASA HATI
nape prlu ade keperitan dlm hidup???
nape hdup ni tdk selalunya indah??
ble kte dh trlalu mnyayangi seseorg tu, nape sering kali hdup trpaksa di korbankan...???
nape ape yg kte mhukan slalunye kte x kan dpt??
kenapa, kenapa, kenapa dan kenapa???
Jumaat, 29 Oktober 2010
Jangan Kecewakan Orang Yang Mencintai Kamu
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
Khamis, 21 Oktober 2010
I LOVE U SO MUCH
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagian mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah
Isnin, 30 Ogos 2010
10 PETANDA DIA JODOH KITA.......
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Ahad, 29 Ogos 2010
RASA HATIKU....(hati yang telah kau sakiti)

awak..awak ingat lagi x...malam tu time awak call saya??
awak tanya saya..."sudi x awak jadi permaisuri hidup saya??"...
masa tu awak gagap2 nk cakap...saya dgr awak tarik nafas pnjang2...hehehehe
time tu law nk tahu hati saya berdebar2..macam kene pinang ngn awak je..lam hati saya macam da kupu2 yg berterbangan...
jadi saya jwab.."i do"...saya gelak2..tapi sebenarnya saya malu...
bestkan time tu awak...saya ingat lagi sampai hari ni..hehehe
sejak tu kita pun bermadu kasih..
macam dunia ni kita yg punya..
kita saling sayang dan terima antara satu sama lain seadanya..
awak buruk ke..kurus ke gemuk ke..saya x kisah..camtu jugak awak x pernah kisah cam ner pun saya..
tapi x lama kan..awak kena gi training..tinggal saya sorg2 kat cni..
awak mitak saya sabar..tu kan demi masa depan kita..saya tunggu awak..
sepanjang awak kat sane, hari2 saya tulis diary tentang awak..rindu sangat time tu..
walaupun jarang2 awak call, saya setia menunggu taw..betul sumpah saya x tipu..
time awak dapat balik, saya suke sangat..
mesti awak sentiasa ade ngan saya..boley berkongsi cerita macam dulu2..
tapi....................................lepas awak dah keje, awak dah sibuk...
awak sibuk sampai lupa besday saya..
tapi saya x kisah..saya faham..mesti awak lupa sebab kerja awak..
saya harap nnti awak dah x sibuk..awak luangkan la masa tuk saya..walaupun hanya sebentar..
tapi...........makin lama, saya rasa awak dah jauh..
awak dh jarang call..dulu tiap pagi awak akan selalu wish morning kat saya...tapi sekarang dh x..
sekarang awak dah lain.....awak dah jarang balas mesej..call...hmmmmmmmmm
saya cuba faham awak..sampai kadang2 tu kita gaduh..kenapa wak???
saya tahu awak sayang saya...saya pun sayang awak..tapi nape kita dh x mesra cam dulu...???
salah sayakah yang x faham awak???
boleh x buat bagi saya faham...saya sayang awak sgt2..
malam ni kita gaduh lagi...awak salahkan saya..saya salahkan awak...
saya mintak putus..maafkan saya..saya x pernah niat nk tinggalkan awak..saya sayang awak..
cuma saya rasa yg saya ni menyusahkan awak...x boleh nk faham awak...
sebenarnya saya nk awak yg macam dulu...
sejak kita gduh..awak letak telefon dan langsung x balas mesej saya...
saya tahu awak edih..maafkan saya..
awak terima kasih kerana sering mengalah dengan saya..
kalau hari esok kita x lagi bersama..saya nk awak tahu..SAYA SAYANGKAN AWAK DAN X PERNAH ADA ORANG LAIN SELAIN AWAK DALAM HATI SAYA....
SAYA YANG SELALU MENCINTAI AWAK......
Sabtu, 15 Mei 2010
Bila kita sayang org tu

Kita tnggu dia lame pn x per
Tp biler dia tnggu kiter???dia mrh2
Ati kate ala, adatlah ada yang mnnunggu n dtnggu
Biler kiter syg org tu
Kiter x tdo pn x pe lyn dia yg tngah bsn,
Tp biler kite bosan Ada dia lyn kiter?
Ati kate x pe dia busy kott
Biler kiter syg org tu
Kita gdh ngan dia, kita diam je
Tp dia heboh 1 dnia
Ati kate x pe, dia tension tuu
Biler kiter syg org tu
Kita kol nak ckp ngan dia
Tp dia bg phone kat org lenn atau x angkat
Biler jd cm2, x pe
Ati kata, x pe, lyn je, kwn dia, xpon dia busy kot
Biler kiter syg org tu
Kita bercerita dgn dia,cm kte syok sndri je
Tp biler dia bercerita ngan kita
Kita dgr, sepatah2 kite kena ingt...klu x ingat kita yang kena marah
Ati kata x pe syg katakn…
Biler kiter syg org tu
Kita n dia lpr
Tp kiter bg sume roti kita kat dia
Ati kata, ala jagalh ati dia, sian dia….
Biler kiter syg org tu
Kiter sanggup bg dia rest biler dia letih,
Tp biler kita letih, dia srh jugak kiter
lyn dia bila dia bsn
Adil ker? Ati kata, ala bukan selalu pun..
Biler kiter syg org tu
Kita jadi cam org giler dngr dia sakit,
Tp biler kita sakit,
Dia siap kuar ngan kwn2 dia meraikan
hari kesakitan kita,
Ati kata, ala x pe, x kn dia nak
berkepit ngan kita 24 jam
Biler kiter syg org tu
Kita x prnh pntingkan diri sndri
Tp dia hpokrit sngat
Ati kata x per, dia mmg cm2 kene lah trima..
Biler kiter syg org tu
Kiter syg nk tngglkn dia slama2nya
Tp dia x tahu kiter berdpn dgn maut,
Wlpn kiter skt,dia kata kat kiter,sakit
bese2 jer, jgn nk mngrt
Ati kata, cmnelah dia biler kiter x de,
msti dia hepi
Biler kiter syg org tu
Kiter x snggp tngk dia derita
Tp dia x prnh hargai diri kiter,
Ati kata, tau x btapa kita syg kan dia????
Biler kiter syg org tu
Kiter snggup tngglkn dia selama2nya untk dia bhgia
Tp adkh dia tahu pngrbnn kiter??
Ati kata, x pe, janji dia bhgia
Dan……
Biler kiter dh tngglkn dia selama2nya
Dia dtg ziarah pusara kiterr
Dia kata Dia mintak maaf sebab pernah mngata kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter tnggu dia
Dia mintak maaf sebab pernah pksa kita lyn dia time bsn
Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dnia slh kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x hiraukn kol kiter
Dia mintak maaf sebab pernah x dgr luahan ati kiter
Dia mintak maaf sebab pernah bt kiter klprn sbb dia
Dia mintak maaf sebab pernah gnggu waktu rht kiter
Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukn skt kiterr
Dia mintak maaf sebab pernah pntingkn diri dia sndri
Dia mintak maaf sebab x prnh tngk pnderitaan kiter
NAMUN SEMUANYA TELAH T`LAMBAT....
HARGAILAH ORNG2 YG KITA SAYANG.....
Selasa, 11 Mei 2010
Taubat Seorang Hamba


Hati hiba mengenangkan dosa2 yg ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....
(Part Irsyadee)
Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...
(Part Hafiz)
Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...
(Part Irsyadee)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...
(Part Hafiz)
Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...