Ahad, 29 November 2009

6 JENIS WANITA MALANG


“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

19 KEISTIMEWAAN WANITA


1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Selasa, 10 November 2009

"Puisi Terakhir Untukmu"


Dahulu,
setiap pagi akanku isi dengan kegembiraan,
Untuk mendengar suaramu,
Setiap kata yang ku ucap,
Setiap nada yang terungkap,
Semuanya memberikan aku satu kegembiraan,
Yang tak mungkin berulang,
Bagiku, disaat aku mengenali kamu,
Adalah satu kenangan terindah dalam hidupku,
Yang bisa membuatku tersenyum sendirian,
Sewaktu aku teringatkan kamu,

KINI,
Setiap jalan yang pernah kita lalui,
Setiap pandangan yang pernah kita lihat,
Dan setiap tempat yang pernah kita lewati,
Adalah satu kenangan abadi buat diriku,
Dimanakah salahku,
Hingga sanggup kau campakkan jauh dari hidupmu,
Hinakah aku,
Hinggakan sanggup kau lukakan hatiku,
Dan tahukah kamu,
Diriku amat menyintaimu,
Aku tahu aku tidak sesempurna orang lain,
Tapi aku mempunyai hati seperti orang lain,
Aku mempunyai kasih sayang seperti orang lain,
Dan juga aku mempunyai perasaan seperti orang lain,
Aku tidak sanggup renangi lautan api keranmu,
Aku juga tidak sanggup meredah onak duri keranamu,
Kerana aku tahu,
Itu semua hanyalah mainan kata-kata,
Tetapi, aku sanggup menyayangimu sepenuh hatiku,
Aku sanggup merinduimu sepanjang hidupku,
Dan aku juga sanggup melindungimu,
Walaupun hingga sampai ajalmu...

Ahad, 1 November 2009

KEISTIMEWAAN WANITA




"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang
dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima
penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya
tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan
ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi
dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk
mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."

CERITANYA BEGINI…

“Emmm..Sukar betul nak cari isteri yang solehah,” luah seorang pemuda ketika menghadiri satu seminar anjuran sebuah badan NGO.“
Macam nak cari gagak putih,” tambahnya.
“Agaknya memang dah jadi hukum dunia , yang berharga itu susah mendapatkannya,”
katanya lagi sambil merenung saya(ni yg lemah ni),mungkin dia memancing respon saya.
Saya cuma tersenyum.Akhirnya saya bertanya dgn selamba, “Dah kawin?”
“Belum lagi..Kenapa?” Dia membalas sambil tersenyum. (Aduh...Hensem gak mamat nih)..“Belum jumpa yg solehah ke?”
Saya terus mengusiknya.“Kira-kira saya dah lewat 3 tahun ni,”
katanya sambil menjeling mesra pada saya dan mengulangi dengan lebih tegas,
“Lewat 3 tahun!”Saya kehairanan.“Saya dah 28 tahun.
Umur ideal untuk kahwin kan 25? Saya dah terlayak 3 tahun.”
“Oh gitu.. biar terlajak usia, asal jangan tersalah pilih!”
usik saya lagi.Seronok berbual dengan pemuda ceria sepertinya.
“Nak cari yg betul-betul solehah bukan senang.”
“Kalau tak jumpa, macam mana?”
“Tulah yang saya pening ni. Adakah syarat-syarat saya ni terlalu sukar dipenuhi?”
“Apa syaratnya?”
“Syarat-syarat wanita solehah.. mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…”
“Macam tu tak susahlah.. Ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.
“Tu yg lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.
“Macam mana pula nak ukur takwa tu?” Tanya saya.“Tu yg pening.
Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, Saya nakkan juga isteri yang solehah, isteri yg bertakwa!”
“Nak tak kalau saya kongsi tips yg mudah bagaimana nak dapat isteri solehah?” pelawa saya.“Adakah cara mudah? Tak percaya pula saya.”
“Tak payah susah-susah nak ukur, telek, nilai dan kaji orang lain..”
(diam jap sambil tengok muka blur dia)
“Tak payah nak teropong takwa dan iman di dada orang lain..”
tambah saya.Dia semakin hairan.
“Saya tak faham. Macam mana kita boleh memilih calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itu kan panduan daripada hadis?”
“Itu satu cara. Tapi ada cara lain yg juga menggunakan prinsip yg sama.”
“Apa caranya tu?”
“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri sendiri dulu calon suami yg soleh!” tegas saya.
Dia terdiam sejenak. Sebelum sempat dia bersuara, saya susuli dgn penjelasan:
“Cuba cari ciri2 suami yg soleh..Bina semua ciri tu dalam diri.
Bina sahsiah lahiriah seorang lelaki soleh.
Kemudian muhasabah pula soal hati..
ukur iman dan takwa diri kita”
“Nak ukur iman dan takwa kita sendiri? .. susah tu. Itu soal maknawi!”
“Tapi itu jauh lebih mudah daripada nak ukur iman dan takwa org lain..”
Dia mengangguk.“Alhamdulillah, tersingkap 1 dimensi lain dlm usaha saya mencari isteri yg solehah. Tp apa jaminan cara ini lebih cepat?”
“Saya tak maksudkan lebih cepat, tetapi mungkin lebih tepat. Sebab cara ini ada kelebihannya. .”
“Apa kelebihannya?”
“Sebab semuanya terletak pada diri sendiri. Lebih cepat awak membina ciri2 lelaki soleh, lebih cepatlah awak meningkatkan iman dan takwa dalam diri..
Maka lebih cerahlah peluang untuk mdapat isteri solehah.
Semuanya atas usaha terhadap diri sendiri dulu.”“Jaminan 100%?”
“Mana ada jaminan macam tu dari manusia biasa?
Yakin janji Tuhan..InsyaAllah. Kan jodoh pertemuan di tangan Allah.”
“Bukankah Allah dah beri jaminan lelaki mukmin untuk perempuan yg mukminah?
Lelaki soleh akan bertemu jodoh dengan wanita solehah? InsyaAllah”
“Habis sekarang ni saya terpaksalah hentikan pencarian wanita solehah demi berusaha menjadi lelaki soleh, gitu?”
“Tak gitu. Cuma lebihkanlah usaha mjadi lelaki soleh.
Sambil itu, teruskan juga pcarian menjejaki isteri yg solehah..”
“Baik juga cara ini. Serampang dua mata,” katanya.“Satu lagi.. pesan saya, berpada-padalah dgn piawaian solehah awak tu. Jgn terlalu tinggi, nnti tak tcapai.
Cukuplah dgn tahap sederhana.”
“Maksudnya?”
“jgn tlalu ideal memilih calon isteri kerana sifat2 solehah itu sesuatu yg bersifat on going process. Maksudnya dibina secara berterusan. Mungkin sbelum kahwin tahapnya sederhana, tetapi dengan pimpinan suaminya nanti, tahap solehahnya boleh dpertingkatkan lagi.”
“Boleh blebih kurang lah ye?”
“Bkn begitu maksudnya. Panduan dan ajaran Islam ini mudah tetapi itu bukan alasan untuk dpermudah-mudahkan.”“Apa kaitannya dgn apa yg kita bincangkan ni?”
“Begini, awak mesti ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman dan takwa diri. Letakkan piawaian yg tinggi buat diri sendiri. Bukankah lelaki yg nantinya akan jd pemimpin isteri dlm rumahtangga?
Sebaliknya, permudah dan rendahkan sedikit penilaian terhadap calon isteri, dengan perkiraan nanti dia boleh dbentuk lg setelah menjadi isteri..”“Oh, saya faham..”
“Baguslah kalau begitu. Sayangnya, kebanyakan lelaki menilai sebaliknya..
Untuk diri sendiri dinilai dgn piawaian soleh yg rendah, tetapi utk calon isterinya dnilai dgn piawaian yg tinggi mlangit... Itu silap..”
“Alhamdulillah. . Saya harap jodoh saya akan tiba jua nanti.”
“Amin..
Tamatkanlah penantian solehah itu dgn mpercepatkan pbinaan soleh diri!”
(yg ni offrecord.. “Kalo cam2 awak je la jd calon isteri saya?”
Terkedu seketika.. “Pulak!”
-The end-